lhLH TechSolutionENJom borak

DARI ENQUIRY KEPADA TUGAS YANG JELAS

Automasi enquiry & follow-up untuk bisnes servis

Rancang bagaimana enquiry diterima, direkod, diberi pemilik dan disemak sebelum follow-up. LH Tech Solution membina automasi mengikut aliran kerja dan akses alat yang dipersetujui.

Apa yang patut berlaku selepas enquiry masuk?

Mulakan dengan satu sumber seperti borang website. Tentukan medan yang diperlukan, tempat rekod disimpan, pemilik tugasan dan tanda bahawa follow-up telah dibuat. WhatsApp, email atau CRM memerlukan integrasi dan kelayakan penyedia yang sesuai; butang WhatsApp sahaja tidak menyimpan lead dalam CRM.

Contoh interaktif di bawah menggunakan data contoh dalam browser untuk menerangkan aliran. Ia tidak menghantar mesej, mencipta lead sebenar atau mewakili hasil client.

Lihat nota Ain’s Little Cells untuk kerja booking dan pengendalian notifikasi yang disahkan. Aliran enquiry ke CRM memerlukan skop integrasi tersendiri yang dipersetujui.

Skop yang perlu dipersetujui.

  • Sumber enquiry, medan dan peraturan semakan data.
  • Rekod sasaran serta hak akses dan pemilik akaun.
  • Cara memilih pemilik, notifikasi dan tempoh follow-up yang anda tetapkan.
  • Pengesahan manusia untuk tindakan yang memerlukannya.
  • Apa yang berlaku jika alat tidak dapat dihubungi atau data berulang.

Pengecualian sebahagian daripada skop.

Enquiry yang tiada maklumat wajib perlu dihantar untuk semakan. Penghantaran berulang perlu dikenal pasti supaya tidak mencipta tugasan berganda. Jika notifikasi gagal, rekod perlu kekal dan pemilik perlu tahu cara mencuba semula atau mengambil alih secara manual.

Ini contoh keputusan reka bentuk yang dibincangkan sebelum bina. Sistem, API dan had pelan sebenar disahkan semasa penetapan skop.

Harga dan tanggungjawab selepas launch.

Pakej automation LH bermula RM5,000 pada harga standard, atau bermula RM3,500 di bawah tawaran 30% untuk lima pelanggan pertama merentas enam pakej, tertakluk pada semakan ketersediaan. Ini harga permulaan, bukan harga tetap bagi semua integrasi.

API, langganan CRM, caj mesej, hosting dan penjagaan berterusan berasingan. Quotation menentukan aliran yang dibina, senario ujian, handover, pemantauan dan tanggungjawab apabila alat berubah.

DEMO DATA CONTOH

Cuba enquiry dengan laluan pengecualian.

Contoh dalam browser sahaja. Tiada booking, rekod client, mesej atau pembayaran sebenar dibuat.

Enquiry contoh sedia untuk disemak.

LANGKAH SETERUSNYA

Cerita apa yang anda nak settle.

Kita semak keperluan, skop dan kos sebelum mula bina.

Bincang aliran enquiry saya