Sistem atau automasi?
Sistem dalaman sesuai apabila team perlukan rekod bersama, paparan status, peranan pengguna dan tindakan yang tersusun. Automasi sesuai apabila satu pencetus perlu menggerakkan langkah yang diketahui dalam alat sedia ada.
Contoh untuk dibincangkan: enquiry diterima, rekod dicipta, pemilik tugasan ditentukan dan notifikasi dihantar. Ini contoh skop, bukan dakwaan bahawa semua integrasi tersedia secara automatik.
Mulakan dengan aliran sebenar.
Bawa contoh tanpa maklumat sulit: dari mana kerja masuk, siapa urus, data apa diperlukan dan bagaimana team tahu kerja selesai. Kita kenal pasti langkah biasa, pengecualian dan tindakan apabila sambungan gagal.
- Sumber data dan akaun yang diperlukan.
- Pemilik bagi setiap langkah dan tahap akses.
- Pengesahan sebelum tindakan penting.
- Rekod kegagalan, percubaan semula dan cara buat kerja secara manual.
- Senario ujian dan tanda bahawa kerja benar-benar selesai.
Apa yang menentukan harga?
Internal system dan automation solution masing-masing bermula RM5,000 pada harga standard. Promo 30% menjadikan bayaran bina bermula RM3,500 untuk lima pelanggan pertama merentas enam pakej, tertakluk pada pengesahan ketersediaan.
Bilangan modul, peranan, integrasi, migrasi data dan keperluan pengendalian kesilapan menentukan quotation akhir. API, hosting, langganan alat, mesej dan penjagaan berterusan berasingan. Akses API, pelan penyedia dan kelulusan akaun boleh mengehadkan integrasi.
Bila patut kemaskan proses dahulu?
Jika setiap kes dibuat dengan cara berbeza, data tidak konsisten atau tiada pemilik proses, mulakan dengan checklist dan templat yang jelas. Selepas aliran stabil, automasi lebih mudah disemak.
Booking Ain’s Little Cells ialah contoh aliran nyata yang boleh diterokai: pilih slot, isi butiran, terima pengesahan dan urus pembatalan. Flow tiga langkah di homepage LH ialah simulasi penerangan.
