Sesuai untuk aliran appointment yang jelas.
Coaching, konsultasi dan servis berjadual memerlukan maklumat sesi, tempoh, harga, zon masa dan ketersediaan. Tentukan bila booking disahkan, siapa menerima notifikasi dan apa yang pelanggan perlu simpan.
Ain’s Little Cells ialah contoh kerja sebenar dengan aliran coaching dan booking. Lihat nota projek untuk fungsi yang disahkan. Demo di bawah menggunakan slot contoh; ia tidak berhubung dengan kalendar atau client sebenar.
Keputusan sebelum memilih platform.
- Tempoh sesi, hari operasi, zon masa dan kapasiti slot.
- Pengesahan segera atau semakan oleh pemilik.
- Peraturan pembatalan, penjadualan semula dan hari tutup.
- Bayaran online atau diatur secara berasingan.
- Data yang diperlukan, notifikasi dan akses untuk mengurus booking.
Uji perkara yang tidak mengikut aliran biasa.
Dua pelanggan boleh memilih masa sama sebelum seorang mengesahkan. Sistem perlu menyelesaikan konflik itu dengan jelas. Percubaan semula selepas sambungan terputus perlu mengelakkan booking berganda. Pembatalan perlu mengemas kini ketersediaan mengikut peraturan yang dipersetujui.
Kalendar awam patut menunjukkan masa yang diambil tanpa mendedahkan nama atau butiran sesi. Hak untuk melihat pengesahan dan membatalkan booking perlu dirancang.
Cara menentukan quotation.
Booking tidak termasuk secara automatik dalam pakej landing page atau company website. Kita semak sama ada alat booking sedia ada, plugin/platform atau binaan custom sesuai. Kos setup, langganan, penggunaan, pembayaran dan penjagaan dijelaskan dalam quotation.
Harga standard asas website LH ialah RM2,000 untuk landing page dan RM4,500 untuk company website sehingga lima halaman. Fungsi booking dan integrasi memerlukan skop tambahan yang dipersetujui; harga asas bukan quotation untuk sistem booking lengkap.
DEMO DATA CONTOH
Cuba keputusan dalam aliran booking.
Contoh dalam browser sahaja. Tiada booking, rekod client, mesej atau pembayaran sebenar dibuat.
